Kempen Nour Qurban


Pertubuhan Global Nour buat kali kedua di dalam musim korban menyeru anda semua;

Korban Prihatin Sejagat 1446H

Korban anda, senyuman buat dunia

Aidiladha adalah saat untuk menyemai kasih dan berkongsi rezeki. Di seluruh dunia, jutaan saudara seakidah kita diuji dengan kemiskinan, konflik dan bencana.

Di Chad, Somalia, Tanzania, Nepal dan Afghanistan, daging korban hanyalah impian — sesuatu yang hanya hadir jika ada insan budiman seperti anda.

Tahun ini, jadilah asbab mereka merasai nikmat seperti yang kita nikmati saban hari.

PROJEK AIDILADHA CHAD & SOMALIA


Tahukah anda, dua negara ini adalah majoriti muslim !

Chad, Somalia termasuk dalam negara yang termiskin di dunia iaitu Chad ke-7, Somalia ke-11. Ramai rakyat negara hidup tersebut di bawah paras kemiskinan di mana ada yang hanya menunggu Aidil Adha untuk makan daging kerana tiada kemampuan.


KENAPA NAK BUAT KORBAN DI NEGARA CHAD ?



Chad merupakan sebuah negara pedalaman yang terletak di tengah-tengah Afrika Utara yang berkeluasan lebih kurang 1.3 juta km2. Chad memiliki sempadan sepanjang lebih kurang 6,000 km. Chad juga antara negara yang memiliki zon empat iklim iaitu dataran kering yang luas di tengah, kawasan gurun di utara, pergunungan yang kering di barat laut dan dataran rendah tropika di selatan.  

Walaubagaimanapun, Indeks Pembangunan Manusia PBB telah menetapkan bahawa Chad merupakan negara ketujuh termiskin di dunia dengan populasi 80% penduduk hidup di bawah garis kemiskinan. Ekonomi pertanian Chad didorong oleh pembangunan ladang minyak dan jalur paip sejak 2000. Selain itu, lebih dari 80% juga penduduk Chad menjalankan pertanian dan penternakan sara diri sebagai sumber utama pendapatan mereka.


 


KENAPA NAK BUAT KORBAN DI NEGARA SOMALIA ?



Rakyat Somalia juga terpaksa bertarung dengan pelbagai penyakit yang biasa merebak ketika krisis kebuluran seperti taun, cirit-birit dan demam campak. Kanak-kanak adalah mangsa utama kepada penyakit-penyakit ini. Menurut UNICEF, 1 daripada 7 kanak-kanak meninggal dunia pada tahun 2015 sebelum sempat berumur 5 tahun.

Krisis kebuluran ini merupakan krisis kemanusiaan terbesar sejak PBB ditubuhkan pada tahun 1945 apabila jutaan rakyat negara lain seperti Yaman, Sudan Selatan dan juga Nigeria turut menghadapi krisis yang sama.

Tanggal 28 Februari 2017, kerajaan Somalia telah mengisytiharkan darurat dan memohon bantuan antarabangsa. Krisis ini jika tidak ditangani dengan segera, tragedi pada tahun 1992 dan 2011 yang mengakibatkan hampir 600,000 nyawa terkorban akan berulang semula.


 

 



KELEBIHAN IBADAH KORBAN

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban berdasarkan firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Al-Kauthar 108:2

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Terdapat perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan melaksanakan ibadah ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.


Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”  - Riwayat al-Tirmizi 

Makna Hadith

Hadith ini menunjukkan ibadah yang paling afdhal untuk dilaksanakan pada hari raya aidiladha adalah dengan menumpahkan darah korban. Ini kerana, ia akan datang pada hari akhirat sepertimana ia di dunia tanpa terdapat kekurangan padanya agar setiap daripada anggota itu terdapat padanya ganjaran (pahala) dan ia juga akan menjadi tunggangan orang yang berkorban itu ketika melintasi titian sirat. 


APA ANDA TUNGGU LAGI ! HARGA PUN MURAH !

PELUANG IBADAH KORBAN HANYA SETAHUN SEKALI,

SEMPAT KE KITA KALAU TANGGUH TAHUN HADAPAN ?

SERTAI IBADAH KORBAN SEKARANG JUGA!

Jika kita menelusuri kesengsaraan yang dilalui saudara2 Muslim kita di kedua dua negara Afrika ini, keperluan mereka bukan setakat daging korban, malah lebih dari itu. Tetapi, cukuplah untuk kali ini, di musim korban tahun ini, kita sama-sama kongsikan sedikit kegembiraan buat mereka saudara-saudara Muslim kita, nikmat rezeki daging korban. 

Korban kita, senyuman mereka!




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Qurban Chad Kambing RM700
BELUM MULA
Qurban Chad Lembu RM600
BELUM MULA
Qurban Somalia Kambing RM700
BELUM MULA
Qurban Somalia Lembu RM650
BELUM MULA
Qurban Tanzania Kambing RM700
BELUM MULA
Qurban Tanzania Lembu RM600
BELUM MULA
Qurban Nepal Kambing RM1000
BELUM MULA
Qurban Nepal Kerbau RM480
BELUM MULA
Qurban Afghanistan Kambing RM800
BELUM MULA
Qurban Afghanistan Lembu RM650
BELUM MULA
SEDEKAH DAGING RM5
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG


Maklumat Organisasi

Pertubuhan Global Nour
globalnour.my@gmail.com
+60198453110
Global Nour