Jom Kira Fidyah Anda
PROJEK RAMADAN DAN AIDILADHA
BANTUAN TERKINI SUDAN
.jpg)
KELEBIHAN SEDEKAH SUBUH
Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganjaran orang yang bersedekah”, sedangkan yang satu lagi berdoa: “Ya Allah, berilah kerosakan orang yang menahan (hartanya).” (HR Al-Bukhari).
KELEBIHAN SEDEKAH JUMAAT
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi sedekah pada hari Jumaat, baginya pahala seperti memberi sedekah sepanjang satu tahun.” (HR. Ibnu Khuzaimah)
Kelebihan sedekah pada hari Jumaat juga terletak pada hari yang dipilih. Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan dalam Islam. Ia adalah hari kebahagiaan dan berkat, dan bersedekah pada hari ini adalah satu cara untuk menyambut kedatangan Jumaat dengan penuh pahala.
Ini menunjukkan betapa besar pahala yang diberikan kepada mereka yang bersedekah pada hari Jumaat. Oleh itu, amalan ini sangat digalakkan untuk dilakukan. Ia bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga membantu individu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
KELEBIHAN SEDEKAH DAKWAH NON-MUSLIM
Mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana ia juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Antara firman Allah SWT yang menceritakan sebab diutuskan Nabi Musa AS kepada kaumnya:
Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim, ayat 5.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”
Ayat di atas menunjukkan bahawa tujuan nabi atau rasul diutuskan adalah untuk membawa manusia daripada jalan kesesatan kepada jalan hidayah atau petunjuk. Untuk itu, sesiapa yang telah mengislamkan seseorang maka dia telah mengeluarkan seseorang itu daripada kegelapan kepada nur atau cahaya hidayah.
KELEBIHAN SEDEKAH DI DALAM USAHA KEBAIKAN
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Surah al-Isra', ayat 7)
Oleh itu, menjadi tuntutan kepada umat Islam untuk berbuat baik. Bahkan, kita dituntut berlumba-lumba membuat kebaikan. Allah SWT berfirman: "Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (Surah al-Maidah, ayat 48) sedekah dan infak anda membantu kami,
KAMI MENDAPAT PAHALA, ANDA JUGA MENERIMA PAHALA YANG SAMA BANYAK.