NOURFORSUDAN

Pelarian berehat di Tawila, wilayah Darfur barat yang dilanda perang, selepas melarikan diri dari El-Fasher yang telah ditawan oleh RSF.



Pasukan Sokongan Pantas telah menyerang Sekolah Teknik Omdurman yang digunakan sebagai pusat perlindungan pelarian di kawasan Karari, menyebabkan beberapa orang awam terbunuh, termasuk empat ahli daripada satu keluarga serta ibu kepada kanak-kanak dalam gambar tersebut.
Lebih 11.7 juta rakyat Sudan terpaksa lari menyelamatkan diri (dalam & luar negara)
- Bandar & kampung musnah, Kawasan kampung ditinggal kosong & terbakar
- Keluarga tidur di padang pasir, semak akibat kem pelarian terlalu sesak
- Ramai berjalan berhari-hari tanpa makanan & air
Lebih meruntun jiwa...
Keganasan seksual digunakan sebagai senjata perang. Wanita & kanak-kanak perempuan dirogol. Ada kes yang dilakukan di hadapan keluarga. Ini digunakan untuk menghancurkan maruah, komuniti & psikologi.
Trauma fizikal & jiwa ini berlaku seumur hidup. Allahu!

Rakyat SUDAN ditemui mati ditembak berdekatan Masjid Khattab Al-Falah di Khartoum.

Darfur & Kordofan kini berisiko KEBULURAN BESAR-BESARAN!
- Bekalan makanan disekat, dirampas atau diserang
- 75% kanak-kanak bawah 5 tahun yang diperiksa mengalami malnutrisi teruk!
Saudara kita di Sudan terpaksa makan:
· daun
· akar
· biji-bijian mentah
· atau langsung tidak makan

